Ahad, 8 Julai 2007

Pertolongan Cemas

Definisi = Pertolongan yang diberi kepada mereka yang tercedera atau sakit dengan tiba tiba sebelum mendapat bantuan dari doktor atau sebelum ketibaan ambulans

Objektif =

1) menyelamatkan mangsa
  • Sekiranya pengsan, berikan bantuan pernafasan
  • Setiap saat adalah penting
  • Hentikan pendarahan
  • Pulihkan renjatan
2) mengelakkan keadaan menjadi teruk
  • kurangkan pengerakkan
  • melindungi pesakit
3) memberi kelegaan dan keselesaan
  • memberi semangat
  • jangan tinggalkan pesakit berseorangan
  • pastikan keadaan pesakit (memeriksa nadi dan penafasan)
Sifat Amali Pertolongan Cemas
  1. Tajam perhatian - nampak tanda dan gejala kecederaan
  2. Pantas Ikhtiar - gunakan apa yang ada di sekeliling anda
  3. Tidak kasar - jangan menyakiti orang yang tercedera
  4. Berakal bebudi - berbudi tinggi
  5. Bertimbang rasa - bersimpati
  6. Sentiasa senyum - senyuman menberi keyakinan
  7. Menolong dengan apa yang anda tahu sahaja
Menilai Kondisi Pesakit
  1. Bahaya - apakah persakit terdedah dengan bahaya?
  2. Tindak balas - Adakah pesakit itu sedar?
  3. Salur udara - Adakah salur udara terbuka dan tiada halangan?
  4. Pernafasan - Adakah pesakit itu bernafas?
  5. Pendeyutan - Adakah nadinya berdenyut?
Peraturan Asas Pertolongan Cemas
  1. Mengenal pasti punca kemalangan daripada kesan kejadian, tanda yang terdapat pada pesakit dan perubahan pada badannya seperti pucat dan sebagainya
  2. Memberi pertolongan cemas dengan tertib, cepat, tenang dan senyap
  3. Jika pernafasan pesakit terhenti, pulihkan pernafasan pesakit. Tenangkan pesakit supaya tidak terkejut. Jangan melayan pesakit bercakap tentang perkara tidak penting
  4. Memberi kata semangat dan peransang dengan kata-kata seperti " Kecederaan anda sedikit, saya cuba membantu anda"
  5. Pindahkan pesakit ke tempat yang lebih selamat. Jika perlu, bawa pesakit berjumpa dengan doktor dengan segera. Beritahu keluarga pesakit atau melaporkan kepada pihak polis.

Bertindak Berdasarkan Penilaian

1) Tidak sedar diri, tiada nadi, tidak bernafas
  • dail 999
  • mulakan CPR
2) Tidak sedar diri, tiada pernafasan, nadi wujud
  • Buat hembusan 12 kali
  • dail 999
  • pemulihan pernafasan
3) Tidak sedar diri, bernafas, nadi wujud
  • Rawat kecederaaan yang boleh membehayakan nyawa
  • baringkan pesakit untuk pemulihan
  • dapatkan bantuan
4) Sedar, penafasan dan nadi wujud
  • Rawat sebaik-baik cara
  • dapatkan bantuan

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.