Ahad, 8 Julai 2007

Pertolongan Cemas

Definisi = Pertolongan yang diberi kepada mereka yang tercedera atau sakit dengan tiba tiba sebelum mendapat bantuan dari doktor atau sebelum ketibaan ambulans

Objektif =

1) menyelamatkan mangsa
  • Sekiranya pengsan, berikan bantuan pernafasan
  • Setiap saat adalah penting
  • Hentikan pendarahan
  • Pulihkan renjatan
2) mengelakkan keadaan menjadi teruk
  • kurangkan pengerakkan
  • melindungi pesakit
3) memberi kelegaan dan keselesaan
  • memberi semangat
  • jangan tinggalkan pesakit berseorangan
  • pastikan keadaan pesakit (memeriksa nadi dan penafasan)
Sifat Amali Pertolongan Cemas
  1. Tajam perhatian - nampak tanda dan gejala kecederaan
  2. Pantas Ikhtiar - gunakan apa yang ada di sekeliling anda
  3. Tidak kasar - jangan menyakiti orang yang tercedera
  4. Berakal bebudi - berbudi tinggi
  5. Bertimbang rasa - bersimpati
  6. Sentiasa senyum - senyuman menberi keyakinan
  7. Menolong dengan apa yang anda tahu sahaja
Menilai Kondisi Pesakit
  1. Bahaya - apakah persakit terdedah dengan bahaya?
  2. Tindak balas - Adakah pesakit itu sedar?
  3. Salur udara - Adakah salur udara terbuka dan tiada halangan?
  4. Pernafasan - Adakah pesakit itu bernafas?
  5. Pendeyutan - Adakah nadinya berdenyut?
Peraturan Asas Pertolongan Cemas
  1. Mengenal pasti punca kemalangan daripada kesan kejadian, tanda yang terdapat pada pesakit dan perubahan pada badannya seperti pucat dan sebagainya
  2. Memberi pertolongan cemas dengan tertib, cepat, tenang dan senyap
  3. Jika pernafasan pesakit terhenti, pulihkan pernafasan pesakit. Tenangkan pesakit supaya tidak terkejut. Jangan melayan pesakit bercakap tentang perkara tidak penting
  4. Memberi kata semangat dan peransang dengan kata-kata seperti " Kecederaan anda sedikit, saya cuba membantu anda"
  5. Pindahkan pesakit ke tempat yang lebih selamat. Jika perlu, bawa pesakit berjumpa dengan doktor dengan segera. Beritahu keluarga pesakit atau melaporkan kepada pihak polis.

Bertindak Berdasarkan Penilaian

1) Tidak sedar diri, tiada nadi, tidak bernafas
  • dail 999
  • mulakan CPR
2) Tidak sedar diri, tiada pernafasan, nadi wujud
  • Buat hembusan 12 kali
  • dail 999
  • pemulihan pernafasan
3) Tidak sedar diri, bernafas, nadi wujud
  • Rawat kecederaaan yang boleh membehayakan nyawa
  • baringkan pesakit untuk pemulihan
  • dapatkan bantuan
4) Sedar, penafasan dan nadi wujud
  • Rawat sebaik-baik cara
  • dapatkan bantuan

Tahukah anda?

Skuad elit = Ahli PBSM yang aktif dalam kawad kaki dan juga ahli sukarelawan

HSL = Head Section Leader iaitu Pengerusi PBSM. Dalam PBSM, kami tidak menggunakan istilah Pengerusi, kami menggunakan istilah HSL. Bagi HSL, dia mempunyai 3 calit dan satu clown di uniformnya.

SL = Section Leader iaitu Naib Pengerusi. Bagi SL, dia mempunyai 3 calit di uniformnya.

ASL = Assistant Section Leader iaitu Penolong Naib Pengerusi. Mempunyai 2 calit di uniformnya.

Pertandingan Kawad MSSD 2007




Seramai 12 pelajar skuad elit PBSM telah menyertai pertandingan kawad kaki MSSD di SK Wawasan USJ 15 pada 30 Jun 2007. Pelajar-pelajar tersebut termasuklah

1) Teoh Cai Ling (Naib Pengerusi)
2) Yew Sung Ting (Ketua Sukarelawan)
3) Wai Yet Shuang (Ketua Peralatan)
4) Yap Wai Loon (Skuad Elit)
5) Kok Fu Hou (Penolong Ketua Platun)
6) Pang Soo Yee (Skuad Elit)
7) Chew Siew Eng (Ketua Kecemasan)
8) Yeoh Khim Fong (Skuad Elit)
9) Wai Siew Yee (Skuad Elit)
10) Chan Lin Chong (Skuad Elit)
11) Chan Pey Yiing (Skuad Elit)
12) Lee Pui Yee (Ketua Platun)

Kami mula berlatih pada 26 Jun 2007 iaitu 4 hari sebelum pertandingan. Kami tidak pernah menyertai pertandingan kawad kaki tetapi pada tahun ini, kami ingin mencuba untuk menyertai pertandingan ini. Kami mengorbankan masa kami berlatih selepas sekolah. Malah, ada yang tidak hadirkan diri ke tuisyen untuk berlatih kawad. Saya rasa amat berterima kasih kepada semua yang berkerjasama untuk melakukan formasi dan memberi idea yang cukup menarik untuk dipersembahkan. Satu platun hanya 10 orang berkawad, seorang simpanan dan seorang ketua platun.

Walaupun kami tidak dapat melayakkan diri ke peringkat daerah, kami telah cuba sedaya upaya. Kami akan dianugerahkan lencana kawad dan sijil penyertaan. Majlis penyampaian sijil dan lencana akan diadakan di SMK(P) Taman Petaling pada 14 Julai 2007.

Untuk pengetahuan semua, kami bukan memilih kaum untuk berkawad. Skuad Elit mengalu-alukan semua ahli PBSM untuk menyertai Skuad Elit PBSM SMKBL. Selain mendapat markah penglibatan dan pecapaian, anda juga akan mendapat sijil penghargaan. Jika berminat, sila memberi nama kepada Lee Pui Yee (saya la....) pelajar Tingkatan 4 Amanah.