Persatuan Bulan Sabit Merah ditubuhkan oleh Henry Dunant yang berbangsa Switzerland. Beliau mendapat ilham untuk menubuhkan persatuan ini setelah melihat peperangan yang berlaku antara Perancis dengan Australia pada tahun 1859 di kawasan Solferino di Itali.
Dalam peperangan itu, seramai 4200 orang askar telah tercedera dan dibiarkan menderita kesakitan tanpa diberi rawatan yang sebaiknya dengan segera. Keesokan harinya, Henry Dunant bersama penduduk tempatan telah memberi rawatan kepada askar-askar tersebut.
Persatuan ini mula diperkenalkan di negara kita pada tahun 1951. Pada asalnya, persatuan ini merupakan cawangan kepada Palang Merah British. Selepas Malaysia mencapai kemerdekaan, persatuan ini diasingkan daripada British.
Pada tahun 1963, persatuan ini dikenali dengan nama Palang Merah Malaysia yang merangkumi Sabah dan Sarawak. Persatuan ini telah didaftarkan di bawah Akta Parlimen 162. Pada tahun 1975, Persatuan Palang Merah telah menukarkan namanya dengan rasmi kepada Persatuan Bulan Sabit Merah.
----------------------------------------------------------------------------
LAGU PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
Bulan Sabit Merah Di Malaysia
Giat Berjasa Untuk Negara
Tidak Kira Kaum Dan Agama
Waktu Aman Atau Bahaya
Di Mana Jua Adanya Sengsara
Di Sana Ada Kita
Di Darat Dan Laut Kita Bersedia
Walaupun Diancam Bahaya
Bulan Sabit Merah Gerakan Sedunia
Membantu Semua Yang Menderita
Badan Sukarela Berkhidmat
Dengan Tabah Dan Bersemangat
-----------------------------------------------------------------------------
LOGO PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
Giat Berjasa Untuk Negara
Tidak Kira Kaum Dan Agama
Waktu Aman Atau Bahaya
Di Mana Jua Adanya Sengsara
Di Sana Ada Kita
Di Darat Dan Laut Kita Bersedia
Walaupun Diancam Bahaya
Bulan Sabit Merah Gerakan Sedunia
Membantu Semua Yang Menderita
Badan Sukarela Berkhidmat
Dengan Tabah Dan Bersemangat
-----------------------------------------------------------------------------
LOGO PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
Di Malaysia, persatuan ini menggunakan lambang bulan sabit merah yang berlatar belakangkan warna putih. Di negara lain, persatuan ini menggunakan tanda palang merah yang berlatar belakangkan warna putih seperti yang berikut.
-------------------------------------------------------------------
"PERLINDUNGAN DAN BANTUAN DIBERI KEPADA SESIAPA SAHAJA YANG BERADA DI BAWAH BENDERA ATAU TANDA BULAN SABIT MERAH. MEREKA AKAN DIBANTU DAN DIBERI PERLINDUNGAN TANPA MENGIRA BANGSA, AGAMA, WARNA KULIT, KAWAN ATAU MUSUH SEMASA PEPERANGAN ATAU KEAMANAN"
---------------------------------------------------------------------
PRINSIP ASAS PERSATUAN BULAN SABIT MERAH
Kemanusiaan
Kesaksamaan
Berkecualian
Kebebasan
Perkhidmatan Sukarela
Bersatu
Kesejayatan
----------------------------------------------------------------------
"PERLINDUNGAN DAN BANTUAN DIBERI KEPADA SESIAPA SAHAJA YANG BERADA DI BAWAH BENDERA ATAU TANDA BULAN SABIT MERAH. MEREKA AKAN DIBANTU DAN DIBERI PERLINDUNGAN TANPA MENGIRA BANGSA, AGAMA, WARNA KULIT, KAWAN ATAU MUSUH SEMASA PEPERANGAN ATAU KEAMANAN"
---------------------------------------------------------------------
PRINSIP ASAS PERSATUAN BULAN SABIT MERAH
Kemanusiaan
- Melindungi nyawa dan kesihatan serta memastikan wujudnya sikap homat-menghormati sesama manusia.
- Memupuk sifat persefahaman, persahabatan, kerjasama dan kedamaian
Kesaksamaan
- Bantuan diberi tanpa membezakan bangsa, kaum, agama, darjat atau pendapat politik
Berkecualian
- Tidak menyebelahi mana-mana pihak atau menyertai apa-apa petikan yang berbentuk politik, perkauman, agama dan idealogi
Kebebasan
- Diberi kuasa untuk bertindak bebas
Perkhidmatan Sukarela
- PBSM adalah satu badan sukarela yang bertindak tanpa memikirkan keuntungan
Bersatu
- PBSM terbuka kepada semua yang ingin menjadi ahli. PBSM harus menjalankan aktiviti yang berbentuk kemanusiaan di seluruh negara
Kesejayatan
- PBSM adalah sebuah gerakan antarabangsa.
- Persatuan-persatuan di peringkat antarabangsa mempunyai taraf, tanggungjawab dan tugas yang sama untuk mendorong antara satu sama lain
----------------------------------------------------------------------
Tiada ulasan:
Catat Ulasan